Nama Samaran
CANDY
Nama Penuh : CANDRA BINTI CLEMENT
Bangsa : KADAZAN DUSUN
Umur : 18 TAHUN
Asal : TAMBUNAN, SABAH
Tarikh Lahir : 11 MEI 1989
Tinggi : 153 CM
Berat : 50 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & BELAJAR MUZIK
Penyanyi Idola : DATO' SITI NURHALIZA
Deskripsi : Gadis desa yang dibesarkan dalam keadaan yang serba kekurangan. Anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik ini cekal menempuhi dugaan hidup sehingga sanggup mengorbankan kerjaya untuk menyertai AF5.
Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Tiada pengalaman menyanyi sebelum ini
Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak pernah
Apakah bakat lain yang anda miliki?
Melukis, menari dan berlakon
Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Menilik nasib orang
Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Menolong ibu bapa di kampung
Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi seorang yang berjaya dengan cemerlang
Apakah album terbaru yang anda miliki?
Tiada
Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Mawi
Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Berlatih dan berdoa
Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada
Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Cemerlang dalam bidang sukan
Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Tarian dan Kelas Vokal
Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Pada mulanya ayah tidak membenarkan saya untuk menyanyi
Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Tiada
Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF5?
50/50
Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 - 2007
1. Pembinaan Mydin yang terbesar di Subang Jaya
2. Yuran SPM telah disubsidi oleh kerajaan
3. Perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menjadikan dunia begitu bahagia tanpa peperangan
Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Saya akan penuhkan berbagai-bagai bendera luar negara di kawasan saya
Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)
1. Kawan
2. Ibu
3. Teman lelaki
Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?
Monyet
Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Rama-rama kerana berkebolehan untuk menghisap madu dan bebas terbang
Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
1. Pandai melukis potret
2. Pandai memasak
3. Kecil molek
No comments:
Post a Comment